PRU15: Iltizam Yakub untuk Sepanggar

PRU15: Iltizam Yakub untuk Sepanggar

Kota Kinabalu: “Ini bukan janji, tetapi iltizam, impian dan hasrat saya,” kata Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar, Datuk Yakub Khan mengenai ‘8 Iltizam Sepanggar’ yang akan diberikan tumpuan sekiranya mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Yakub yang juga Timbalan Ketua UMNO Sabah berkata, idea dan iltizam ini untuk membawa Sepanggar ke suatu tahap yang lebih baik dan maju.

Yakub ketika berucap pada Program Sembang Santai Bersama Rakyat di Dewan Kampunf Pulutan, Manggatal, Kota Kinabalu.

Sambil menambah, tiada yang mustahil untuk dilaksanakan sekiranya kerajaan BN diberi mandat menjadi kerajaan.

“Lapan iltizam yang saya garisman itu adalah merangkumi keseluruhan lapisan masyarakat, keseluruhan bentuk muka bumi dan keperluan di Sepanggar ini akan saya usahakan untuk saya tunaikan.

“InsyaAllah… ini bukan janji, bukan manifesto, tetapi iltizam, impian dan hasrat saya untuk rakyat Sepanggar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Sembang Santai Bersama Rakyat di Dewan Kampung Pulutan, Manggatal, di sini, hari ini.

Lapan iltizam Sepanggar, Ekonomi iaitu menjadikan Sepanggar Hub Keusahawanan dan perdagangan yang makmur: Jaringan Sosial, mengeratkan perpaduan pelbagai kaum dan agama yang hidup harmoni dalam satu komuniti: Pendidikan, memperluaskan capaian pendidikan awal, rendah, menengah dan tinggi: Kelestarian Alam, menjaga dan menghargai alam sekitar sebagai anugerah dan aset penting dan bernilai tinggi.

Seterusnya Kebajikan iaitu memastikan warga Sepanggar sentiasa terbela: Kemudahan Awam, meneruskan usaha pembangunan dan penyediaan kemudahan awam yang menjadi pemangkin kesejahteraan rakyat: Pembangunan Belia, memberi tumpuan kepada pembangunan belia sebagai aset penting masa depan Sepanggar dan terakhir Perkampungan, mewartakan kampung-kampung tradisi.

Sementera itu, Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, menyeru kepada pengundi supaya merancang sebaiknya masa mereka untuk keluar membuang undi pada esok.

“Saya menyeru kepada masyarakat di Sepanggar dan seluruh negeri, esok jangan lupa keluar menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.

“Semoga kita dapat melahirkan dan membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan makmur,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|