Syabu ditinggalkan dalam bot

Syabu ditinggalkan dalam bot

Kota Kinabalu: Tiga bungkusan berisi dadah jenis syabu ditemui di dalam sebuah bot yang ditinggalkan di kedudukan 0.20 batu nautika barat laut, Sutera Habour, di sini, semalam.

Dadah berkenaan ditemui dalam operasi yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira jam 10 malam.

Anggota Maritim Malaysia memeriksa bungkusan berisi dadah jenis syabu yang ditemui dalam bot yang ditinggalkan.

Pengarah Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, bot berkenaan ditemui pasukan peronda yang ditugaskan untuk melaksanakan ‘snap check’ dan pemantauan di kawasan-kawasan panas.

Katanya, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di sekitar perairan selatan Pulau Gaya ke Tanjung Aru.

Lokasi rampasan di kedudukan 0.20 batu nautika barat laut, Kota Kinabalu.

“Ketika rondaan, pasukan operasi mengesan sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan serta bergelap dari arah Sutera Habour.

“Sejurus merapat ke bot berkenaan, ia didapati tiada berpemandu dan disyaki terjun ke laut untuk melarikan diri ke daratan berhampiran,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap bot tanpa nombor pendaftaran itu kemudiannya menemui tiga bungkusan dadah jenis methamphetamin.

Katanya, tiga bungkusan
dadah jenis methamphetamin dengan anggaran berat 70 gram dan ia disorokkan di dalam sebuah bekas.

“Bot seterusnya dirampas dan dibawa ke Jeti Maritim Sepanggar sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,”’katanya.

-Deasoka

Share

Written by:

1,671 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!