SAR kanak-kanak dibaham buaya diteruskan

SAR kanak-kanak dibaham buaya diteruskan

Lahad Datu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang dibaham buaya berhampiran Pangkalan Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu) semalam, diteruskan pagi, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian disambung semula jam 7 pagi tadi selepas operasi SAR ditangguh pada petang semalam.

“Operasi SAR hari kedua dimulakan dengan kaedah pencarian di permukaan atas air menggunakan bot penyelamat di kawasan lokasi kejadian.

“Mangsa yang dipercayai dibaham buaya masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, dalam kejadian jam 10 pagi semalam, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu hilang dilarikan reptilia berkenaan selepas diserang buaya di lokasi kejadian.

Sementara, bapanya parah dengan kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala akibat digigit buaya ketika cuba menyelamatkan anaknya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|