Remaja yang hilang sejak semalam, ditemui meninggal dunia

Remaja yang hilang sejak semalam, ditemui meninggal dunia

Kota Kinabalu: Seorang remaja berusia 15 tahun yang hilang sejak semalam, ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Yayasan Sabah, berhampiran Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Mangsa Edgar Edelson Ajintap ditemui nelayan pada jam 7.35 pagi sebelum melaporkan kepada anggota bomba di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Edgar yang dilaporkan hilang semalam.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus bergegas ke lokasi dan menemui mayat mangsa yang terapung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian hari kedua, dijalankan bermula jam 6.30 pagi tadi.

Ibu mangsa memeluk erat jasad anaknya Edgar Edelson.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan kaedah ‘surface’ menggunakan bot di sekitar kawasan kejadian hingga menuju ke Sungai Likas.

“Mangsa akhirnya berjaya ditemui di hadapan bangunan Menara Kinabalu kira-kira 1 kilometer dari PKTK.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut menggunakan kenderaan polis.

“Identiti mangsa disahkan oleh keluarga mangsa sendiri dilokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pasukan operasi terus menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.06 pagi.

Dalam kejadian jam 6 pagi semalam, seorang saksi mendakwa melihat seorang lelaki terjatuh ke muara sungai berkenaan sebelum membuat laporan kecemasan.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian terus melancarkan operasi SAR namun gagal menemui mangsa sebelum operasi ditangguhkan petang semalam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|