Remaja OKU hilang ditemui selamat

Remaja OKU hilang ditemui selamat

Keningau: Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Indah, di sini, hari ini, ditemui selamat namun berada keadaan lemah, petang tadi.

Remaja lelaki berusia 19 tahun itu ditemui oleh ahli keluarga dan penduduk kampung di kawasan Kampung Kitpo, di sini, pada jam 6.15 petang.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, remaja terbabit ditemui dalam keadaan stabil.

“Ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan stabil cuma lemah mungkin disebabkan kelaparan.

“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, polis Keningau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terbabit dan mendoakan keselamatan remaja terbabit.

Terdahulu, mangsa OKU terbabit yang mengalami masalah pertuturan dan pendengaran dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya akibat masalah keluarga yang dihadapinya.

Selepas menerima maklumat mengenai kehilangan remaja terbabit jam 1 tengah hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan membabitkan penduduk kampung, polis, dan bomba.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|