Park Taesu sumbang kemenangan Sabah FC malam ini

Park Taesu sumbang kemenangan Sabah FC malam ini

Kota Kinabalu: Sabah FC kembali bangkit mengutip tiga mata setelah menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.

Kemenangan itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan penyokong Sabah berikutan kekalahan 2-1 skuad Sang Badak di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di gelanggang sama, Jumaat lalu.

Aksi Park Taesu mencuri tumpuan apabila berjaya meledak dua gol kemenangan Sabah menerusi tandukan ketika menentang TFC di Stadium Likas.

Kedua-dua gol Sabah malam ini disumbatkan pemain import dari Korea Selatan, Park Taesu menerusi tandukan tajam pada minit ke-71 dan ke-72.

TFC sebelum itu mendahului dengan 1-0 menerusi jaringan Manuel Gelito Ott yang mendapat hantaran bola ketika keadaan kelam kabut di hadapan gawang Sabah pada masa tambahan separuh masa pertama.

Ott mudah menolak bola ke arah gawang Sabah tanpa dapat dihalang penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sekali gus menaikkan semangat pemain TFC untuk beraksi lebih agresif sejurus bersambung babak kedua.

Sabah bagaimanapun tetap cuba bertahan dan mencuri peluang melakukan serangan sebelum akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-71 menerusi tandukan tajam Park yang menyambut bola dari sepakan sudut dilakukan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar.

Park sekali lagi membuktikan tandukannya sukar dihalang penjaga gol TFC apabila mendapat peluang menanduk bola hasil sepakan percuma Baddrol pada minit ke-78 sekali gus membolehkan Sabah berada di depan dengan 2-1.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|