Kota Kinabalu: Peratusan keluar mengundi di Sabah, sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kini mencecah 57.25 peratus.
Jumlah itu adalah berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat jam 4 petang ini.
Peratusan itu bersamaan dengan sebanyak 954,816 pengundi di negeri ini yang telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
Terdahulu, SPR Sabah memaklumkan, peratusan keluar mengundi di negeri ini setakat jam 1 tengah hari adalah sebanyak 46 peratus.
-Deasoka