Kota Kinabalu: Peratusan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah mencecah 50 peratus setakat ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa statistik itu adalah yang terkini, setakat jam 1 petang tadi.
Sementara SPR Sabah memaklumkan bahawa, setakat jam 1 petang tadi, peratusan keluar mengundi di negeri ini adalah sebanyak 46 peratus.
Proses pembuangan undi di negeri ini telah bermula secara rasmi seawal jam 7.30 pagi tadi dan dijangka akan ditutup sekitar jam 5 petang ini.
-Deasoka