PRU15: Jalan ke pusat pengundian ditenggelami air

PRU15: Jalan ke pusat pengundian ditenggelami air

Tenom: Pasukan bomba terpaksa menjalankan operasi membawa pengundi ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Belia Sook, di sini, hari ini selepas jalan ke lokasi berkenaan ditenggelami air.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, laluan utama berkenaan dinaiki air sehingga ke paras pinggang.

Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama dua lori, pacuan empat roda dan bot terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba terus bertindak membantu mengambil pengundi dari Simpang Rancangan Belia dan dihantar ke Pusat Pengundian menggunakan Lori Bomba.

“Kerja-kerja mengambil dan menghantar pengundi yang dianggarkan seramai 40 orang itu masih dijalankan sehingga kini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|