Polis rampas 1,020 gram syabu bernilai RM70,000

Polis rampas 1,020 gram syabu bernilai RM70,000

Tawau: Polis merampas 1,020.02 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM70,000 dan menahan soerang lelaki di kawasan lot kedai Jalan Bunga Tanjung, di sini, kelmarin.

Suspek warga asing berusia 27 tahun itu ditahan selepas polis menemui kenderaan dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan, jam 4.35 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, ketika pemeriksaan kenderaan hendak dilakukan oleh polis Bahagian Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pemandu bertindak melarikan diri.

Bagaimanapun katanya, suspek berjaya diberkas berhampiran dengan sebuah premis makanan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemui satu beg plastik hijau tertera tulisan ‘Yushan High Mountain Tea’ mengandungi plastik lutsinar berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu dibahagian belakang tempat duduk kenderaan berkenaan.

“Anggaran berat keseluruhan dadah disyaki jenis syabu yang dirampas sebanyak 1,020.02 gram dan nilai rampas RM70,000,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jasmi berkata, suspek dan barangan rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|