Kota Kinabalu: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 122 mangsa banjir ditutup sepenuhnya, hari ini.
Ia berikutan hasil tinjauan pihak berkuasa mendapati paras air sungai di semua penempatan berkenaan kembali normal dan kawasan yang terkesan akibat banjir juga pulih sepenuhnya.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir, Beaufort ditutup kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Manakala Dewan PPR Sri Keramat, Putatan dan Kompleks Latihan & Pemulihan orang Kurang
Upaya (KJPOKU), Papar ditutup, jam 4.30 petang.
Semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas kawasan kediaman mereka selamat untuk diduduki.
Bagaimanapun, hanya satu PPS dibuka iaitu di Rumah Rehat Kudat, yang menempatkan 250 orang membabitkan 52 keluarga.
Semua yang ditempatkan mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Kapor yang dilaporkan memusnahkan kira-kira 40 rumah penduduk, awal pagi kelmarin.
-Deasoka