Lelaki hilang ketika halau lembu di sungai ditemui lemas

Beluran: Mangsa yang dilaporkan hilang ketika menghalau lembu di Sungai Sugut, Kampung Botition, di sini, Khamis lalu, ditemui lemas, malam tadi.

Mayat Mohammad Nizam, 29, ditemukan pada jam 11.25 malam, sehari selepas operasi pencarian dijalankan di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, operasi pencarian dijalankan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.19 petang.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat (SAR) segera dilakukan sebelum mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam di lokasi kejadian pada keesokkan harinya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan mayat dibawa ke Hospital Beluran untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi pencarian terus ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.50 malam,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Sebelum ini, Deasoka.Com melaporkan, mangsa yang hilang dikatakan bersama sepupunya, Azalie, 34, berenang untuk menghalau lembu di dalam sungai berkenaan.

Bagaimanapun, hanya sepupu mangsa dilaporkan sempat menyelamatkan diri sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Nangoh oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Mangsa pula dipercayai tidak sempat berenang ke tepi sungai sebekum dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|