Covid-19 Sabah: Ranau catat penurunan kes yang banyak hari ini

Covid-19 Sabah: Ranau catat penurunan kes yang banyak hari ini

Kota Kinabalu: Daerah Ranau mencatat penurunan kes Covid-19 yang tinggi hari ini dengan hanya empat kes dilaporkan berbanding 20 kes semalam.

Ia secara tidak langsung mendorong penurunan kes keseluruhan di Sabah kepada 199 kes hari ini, berbanding 242 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, bagaimanapun berkata kes di Kota Kinabalu naik lebih dua kali ganda kepaea 60 kes hari ini, berbanding hanya 25 kes semalam.

Namun, katanya 59 kes dilaporkan di ibu negeri itu adalah kes daftar lewat dua hari atau lebih.

“Daerah Ranau yang hampir setiap hari tersenarai dalam kalangan empat daerah penyumbang tertinggi kes baharu Covid-19 di Sabah hanya merekodkan empat kes baharu hari ini berbanding 20 kes semalam.

“Jumlah kes baharu di Tuaran juga susut 16 kes kepada 19 kes berbanding 35 kes yang direkodkan semalam,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata seramai 195 orang atau 98 peratus daripada 199 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2.

“Pesakit dalam Kategori 1 tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan, manakala Kategori 2 hanya mengalami gejala ringan. Terdapat dua kes masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 4,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 8 Januari 2022
Sabah 199 (242)

Kota Kinabalu 60 (25)
Tuaran 19 (35)
Keningau 15 (12)
Kota Belud 15 (19)
Penampang 11 (18)
Beaufort 9 (11)
Papar 8 (23)
Tenom 8 (6)
Nabawan 6 (5)
Beluran 5 (7)
Sandakan 5 (5)
Sipitang 5 (4)
Tawau 5 (5)
Kuala Penyu 4 (7)
Ranau 4 (20)
Kota Marudu 4 (10)
Tambunan 3 (8)
Lahad Datu 3 (8)
Tongod 3 (1)
Putatan 3 (2)
Kunak 2 (0)
Kinabatangan 1 (0)
Kudat 1 (3)
Semporna 0 (1)
Telupid 0 (4)
Pitas 0 (2)
Kalabakan 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 7 Januari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|