Dua maut, sepuluh cedera nahas tiga kenderaan

Dua maut, sepuluh cedera nahas tiga kenderaan

Tawau: Dua maut manakala 10 cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di Jalan Taman Semarak, di sini, petang tadi.

Kemalangan jam 5.30 petang itu, membabitkan kenderaan Toyota Land Cruiser, Toyota Hilux dan Proton Saga FLX.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali Nurfaizah, 20, dan seorang lagi mangsa belum dikenalpasti identitinya yang menaiki kenderaan Toyota Land Cruiser.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.46 petang.

Katanya, susulan maklumat itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Terdapat tujuh orang mangsa berada di dalam kenderaan Toyota Land Cruiser. Dua individu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala enam lagi cedera.

“Tiga mangsa berada di Toyota Hilux dan seorang di Proton Saga FLX,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Menurutnya, mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba dan mendapat rawatan awal oleh pasukan EMRS.

“Seterusnya semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menaiki kenderaan EMRS dan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 6.36 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|