Bot terbalik: Mangsa belum ditemui

Bot terbalik: Mangsa belum ditemui

Beaufort: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki terbalik di sungai Batu 64, semalam masih belum ditemui.

Setakat jam 2 petang ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dilaksanakan pasukan bomba dari Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom.

Antara pasukan penyelamat yang terlibat dalam misi pencarian mangsa yang dipercayai masih hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan seawal jam 6 pagi tadi.

“Operasi SAR di sekitar kawasan sungai Kampung Batu 64 dan kawasan tebing sungai.

“Sehingga kini, mangsa belum ditemui,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, dalam kejadian jam 6 petang, semalam, mangsa Mao Sai Bongkok, 53, bersama empat rakannya yang berada di dalam bot sedang melakukan aktiviti menarik kabel dan kabel berkenaan tersangkut pada kipas bot mengakibatkan bot dinaiki terbalik.

Empat mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang masih belum ditemui.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|