Gempa bumi lemah di Kunak

Gempa bumi lemah di Kunak

Kota Kinabalu: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter telah berlaku di Kunak, malam tadi.

Kejadian berlaku pada 11.10 malam, pada jarak 13 kilometer Barat Daya dari Kunak dengan kedalaman 10 kilometer.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan sebentar tadi memaklumkan gegaran dirasai di Kunak.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|