Berlaku gegaran di Kunak

Berlaku gegaran di Kunak

Kota Kinabalu: Penduduk yang tinggal di sekitar Kunak cemas susulan gegaran yang dirasai malam tadi.

Mereka mendakwa gegaran yang agak kuat itu berlaku sekitar jam 11.15 malam.

Heboh di laman sosial Facebook kalangan warganet yang mendakwa merasai gegaran berkenaan.

Malah ada yang mendakwa gegaran itu agak kuat sehingga lantai rumah mereka bergegar.

Selain itu, ada warganet mendakwa bangunan bergoyang, ada gempa bumi ka nie, terasa sampai kunak.. hilang terus mengantuk. Semoga dalam lindungannya Allah SWT semuanya amin.

Bagaimanapun setakat ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) belum mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan gegaran yang dirasai oleh penduduk di daerah berkenaan.

Sementara itu, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, ketika dihubungi Deasoka memaklumkan tiada aduan atau panggilan kecemasan diterima susulan dakwaan berlaku gegaran di Kunak.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|