Wanita antara tiga ditahan menagih, edar dadah

Wanita antara tiga ditahan menagih, edar dadah

Papar: Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita di kawasan daerah ini semalam, kerana disyaki terbabit aktiviti menagih dan mengedar dadah.

Semua suspek berusia antara lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota serta pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Dadah yang dirampas seberat 5.36 gram.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, hasil siasatan mendapati semua suspek berkenaan terbabit dengan aktiviti menagih dan mengedar dadah di kawasan daerah ini.

Katanya, jumlah rampasan dadah seberat 5.36 gram dan ujian saringan awal polis dapati semua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Pada masa sama, kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah ini.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah di daerah ini boleh memaklumkan kepada IPD Papar untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|