Tindakan tegas terhadap peserta perhimpunan: Polis Sabah

Tindakan tegas terhadap peserta perhimpunan: Polis Sabah

Kota Kinabalu: Polis Sabah memberi amaran kepada seluruh masyarakat di negeri ini supaya tidak menyahut seruan sebuah video tular baru-baru ini yang mengajak orang ramai membuat perhimpunan pada esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali (gambar di bawah) berkata, polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya yang diperuntukkan jika
melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

“Saya akan ambil tindakan sewajarnya yang diperuntukkan dalam undang-undang dan SOP.

“Saya juga menyeru kepada rakyat Sabah khususnya jangan cuba-cuba untuk keluar menyahut seruan daripada video yang tular itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan sebuah video yang tular mengajak seluruh rakyat berkumpul pada esok.

Rakaman video berdurasi dua minit 40 saat itu, dilihat seorang individu memakai topeng muka mengajak orang ramai berhimpun bagi membantah pelaksananaan ‘lockdown’ dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi ‘operasi’ dikenali sebagai Black Democracy.

Difahamkan, perhimpunan itu bakal diadakan di beberapa lokasi seluruh negara termasuk di Sabah.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|