PPM gagalkan cubaan seludup rokok

PPM gagalkan cubaan seludup rokok

Lahad Datu: Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini berjaya mematahkan aktiviti cubaan menyeludup rokok tidak bercukai dalam operasi di sebuah bangunan di pusat bandar, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, kejayaan itu adalah hasil operasi PPM yang membuat pemerhatian di kawasan berkenaan.

Katanya, semasa pemeriksaan dilakukan, pasukan operasi menemui beberapa rokok tidak bercukai yang disimpan di bawah bangunan berkenaaan.

“Semua rokok berkenaan dipercayai diseludup dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM26,751.04 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Semua rokok seludup berkenaan terus dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Gan berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Kastam 1967.

Sehubungan itu, Gan berkata, PPM Wilayah empat Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Katanya, maklumat boleh disalurkan secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah Empat Sabah di talian 0139391197.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|