PGA Sabah patahkan dua cubaan seludup rokok RM103,248 di Beluran

PGA Sabah patahkan dua cubaan seludup rokok RM103,248 di Beluran

Kota Kinabalu: Dua cubaan menyeludup dan menjual rokok tanpa kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran, dalam dua operasi berasingan di Beluran, semalam.

Hasil operasi yang dijalankan bermula jam 12.30 hingga 1 tengah hari itu, sebanyak 6,900 kotak rokok seludup berjaya dirampas dan menahan seorang lelaki berusia 40 tahun.

Operasi diketuai Asisten Komisioner Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa, Pegawai Pemerintah BN 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran, yang melakukan pemantauan di Kampung Kumbanbangan, Paitan dan Jalan Beluran-Telupid, di sini.

Antara rokok seludup yang dirampas anggota PGA.

Komander Briged PGA Sabah berkata, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, rampasan pertama membabitkan penahanan sebuah Proton Pesona di Jalan Beluran-Telupid, di sini, selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, kenderaan yang dipercayai dalam perjalanan ke Sandakan itu didapati beberapa kotak yang disimpan di sembunyikan di bonet kenderaan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, PGA menemui 192 karton rokok seludup jenama Astro Menthol King dan 198 karton Astro Filter King.

“Jumlah keseluruhan rokok berkenaan ialah sebanyak 78,000 batang yang dianggarkan bernilai RM58,500 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Anggota PGA Sabah menemui rokok seludup di Kampung Kumbanbangan, Paitan.

Mohd Abduh berkata, suspek dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, dalam operasi sama, PGA turut merampas 3,000 bungkus rokok tanpa cukai dalam operasi di Kampung Kumbanbangan, Paitan, di sini.

Mohd Abduh berkata, semua rokok berkenaan ditinggalkan di sebuah pondok berkunci tanpa penghuni dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, antara rokok yang dirampas adalah jenama Era Biru, Concept Hijau dan Merah serta Asatu yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM42,500 selepas cukai.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|