PGA Briged Sabah merampas rokok seludup bernilai RM3.2 juta

PGA Briged Sabah merampas rokok seludup bernilai RM3.2 juta

Lahad Datu: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, berjaya merampas rokok dipercayai diseludup dianggarkan bernilai lebih RM3.2 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama, di sini, semalam.

Dalam serbuan Op Kontraban kira-kira jam 10 malam itu, semua rokok jenis kretek dan putih berkenaan didapati disembunyikan di dalam gudang yang berkunci dan berpagar.

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, operasi dijalankan hasil kerjasama Batalion (Bn) 17 PGA Lahad Datu dan Bn 14 PGA Tawau.

Rokok seludup bernilai lebih 3 juta dirampas PGA Briged Sabah.

Katanya, ketika diserbu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 56 tahun yang dipercayai penjaga gudang berkenaan turut ditahan untuk membantu siasatan.

“Sebaik berjaya masuk ke dalam gudang berkenaan, pasukan serbuan menemui 2.36 juta batang rokok putih dan 1.7 juta batang rokok jenis kretek.

“Antara jenama rokok yang dirampas adalah Astro, Premium, Asatu, Tex dan Surya yang dipercayai dibawa masuk tanpa kelulusan dan cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rokok seludup yang disembunyikan di dalam gudang di Lahad Datu.

Mohd Abduh berkata, suspek dan semua rokok yang dirampas kemudiannya diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, suspek turut diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dimasukkan ke lokap Balai Polis Lahad Datu untuk membantu siasatan lanjut.

Suspek lelaki sebagai penjaga gudang ditahan untuk siasatan lanjut.

“Jumlah keseluruhan rokok yang dirampas dianggarkan bernilai RM3,207,952 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada sepuluh kali nilai barang atau RM100,000 dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

– Deasoka

Share

Written by:

464 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!