Mayat lelaki warga asing dipercayai dibunuh ditemui

Mayat lelaki warga asing dipercayai dibunuh ditemui

Ranau: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dengan kesan kecederaan dipercayai dibunuh ditemui di kawasan semak berhampiran pasar malam pekan Ranau, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mayat terbabit ditemui orang awam sebelum melaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala dan badan dipercayai kesan dipukul dengan objek tumpul.

“Mangsa dikenalpasti seorang warganegara Filipina berusia 30-an dan bekerja sebagai buruh kasar. Mangsa dipercayai dibunuh sekitar jam 11.30 pagi hingga 1 petang, semalam.

“Siasatan turut mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada kejadian pergaduhan yang bermotifkan cemburu,” katanya di sini, hari ini.

Simiun berkata, mengikut keterangan ahli keluarga mangsa, lelaki terbabit keluar bertemu dengan seorang wanita yang dikenali suspek.

Katanya, suspek dikenalpasti sebagai seorang warga asing dan dipercayai sudah melarikan diri selepas insiden pergaduhan berkenaan.

“Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|