Dua rumah dijadikan stor rokok seludup bernilai RM434,207

Dua rumah dijadikan stor rokok seludup bernilai RM434,207

Sandakan: Taktik penyeludup menjadikan dua rumah dalam bandar Sandakan, di sini, sebagai stor terbongkar selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM), malam semalam.

Dalam serbuan itu, PPM Sandakan merampas pelbagai jenis rokok bernilai RM434,207.40 termasuk cukai, namun tiada tangkapan dilakukan.


Rokok seludup bernilai RM434,207 Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan di dua rumah di dalam bandar Sandakan. Pix Ihsan PPM Sabah

Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata, ketika membuat pemeriksaan di kawasan rumah berkenaan mendapati tidak berpenghuni dan dijadikan stor sementara.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua tempat kejadian berkenaan menemui pelbagai jenis rokok dianggarkan bernilai RM434,207.40 termasuk cukai.

“Barang rampasan kemudian dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, beliau menggesa masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197 atau berhubung terus ke gerakan PPM Sandakan 089-221453.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|