Sebuah lagi restoran dikenakan notis pengesahan harga

Sebuah lagi restoran dikenakan notis pengesahan harga

Kota Kinabalu: Sebuah lagi premis restoran diberikan notis pengesahan maklumat harga selepas didapati menjual Nescafe Ping dan Kopi O Ping pada harga RM5.50 dan RM4.20.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di laman sosial facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan HaL Ehwal Pengguna (KPDNHEP), notis berkenaan dikeluarkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.


Penguat kuasa KPDNHEP mengeluarkan notis kepada sebuah restoran selepas didapati menjual Nescafe Ping dan Kopi O Ping pada harga RM5.50 dan RM4.20. Pix Ihsan KPDNHEP Sabah

Katanya, notis berkenaan dikeluarkan sepasukan pegawai KPDNHEP Sabah yang menjalankan siasatan lanjut terhadap aduan pengguna.

“Siasatam dijalankan selepas pihak KPDNHEP menerima aduan awam yang mengadu bahawa harga segelas Nescafe Ping naik sehingga RM5.50 dan Kopi O Ping RM4.20 segelas.

“Berikutan itu, satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan dikeluarkan mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga 2011,” katanya.

Menurutnya, notis berkenaan dikeluarkan kepada pemilik perniagaan terbabit dan mereka diberikan tempoh selama dua hari bagi memberikan maklumbalas justifikasi kenaikan harga minuman berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|