Kota Kinabalu: Pelantikkan Noraini Idris selaku Senator Ahli Dewan Negara merupakan penghargaan kepada wanita di negeri ini.
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, pihaknya amat berbangga atas pelantikan itu dengan melihat ia merupakan pengiktirafan wanita dan negeri Sabah.
βBagi mewakili Ketua Penerangan Bahagian seluruh Sabah, mengucapkan tahniah kepada YB Senator Noraini Idris diatas pelantikkan sebagai Senator Ahli Dewan Negara.
Raime berkata, Noraini yang berlatar belakangkan sebagai pengamal Undang-undang dilihat sangat bertepatan sekali gus mengangkat suara rakyat Sabah khususnya wanita di peringkat nasional.
βKita ucapkan selamat bertugas kepada YB Noraini Idrisβ¦semoga beliau dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya β katanya.
-Deasoka
