Papar: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di Kinarut, dekat sini, semalam.
Dua lelaki berusia 40-an itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, kedua-dua suspek ini ditahan selepas terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.
“Hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek berjaya merampas dadah seberat 0.28 gram.
“Ujian saringan awal juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis a
Amphetamin dan Methamphetamine,” katanya.
Sehubungan itu, Batholomew berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Batholomew berkata, kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengatasi masalah salah guna dadah
“Disamping itu juga bagi mencegah aktiviti jenayah di daerah ini.
“Orang ramai juga diminta supaya memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Papar khususnya jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini, ” katanya.
-Deasoka