Nizam terima kunjungan hormat Pengarah Penerangan Sabah

Nizam terima kunjungan hormat Pengarah Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Sabah, Jainisah Mohd Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas diberi taklimat mengenai program dan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan khususnya di kawasan Tawau.

Nizam mengalu-alukan penganjuran pelbagai program dan aktiviti Japen bersama masyarakat, terutamanya dalam memberi penerangan dan penjelasan berkaitan dasar-dasar dan agenda kerajaan ke akar umbi.

“Pengisian program-program oleh Jabatan Penerangan juga dapat memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dikalangan rakyat pelbagai kaum”, katanya.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Japen, Sulia Banying dan Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat Japen, Mohd Mujahid Halpi.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|