KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Baru Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Sabah, Jainal @ Zainal Madasin di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Jumaat.
Jainal yang berasal dari Putatan menyandang jawatan itu pada 2 Disember 2024.
Sebelum ini beliau adalah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan.
Mengiringi Jainal ialah Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Muhammad Taquiddin Victor Doon, Penolong Pengarah Bahagian
Keselamatan Kebakaran, Ibnu Sahad Haji Punggak dan Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohd Affendily K.Ramin.
Deasoka