Penduduk Pulau Sakar belajar hasilkan kek ikan

Penduduk Pulau Sakar belajar hasilkan kek ikan

LAHAD DATU: Kolej Komuniti Lahad Datu (KKLD) telah mengadakan perkongsian kemahiran dan ilmu pemprosesan makanan kepada penduduk Kampung Taruakan, Pulau Sakar Lahad Datu, pada Sabtu.

Menurut Pengarah Program, Zunaedah Sahrul, Kursus Pendek Sepanjang Hayat iaitu Kursus Penghasilan Kek Ikan (Fishcake) adalah anjuran KKLD bersama penduduk Kampung Taruakan bertempat di Perkarangan Rumah JKKK Kg.Taruakan,Mariana Puyong.

“Kursus ini telah disampaikan oleh Pensyarah Program Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan KKLD, Hasdaraini Mohd Hassan,”

“Kursus ini telah memberikan ilmu dan pengalaman baru kepada komuniti dalam menghasilkan produk fishcakes tersebut,”katanya.

Katanya, seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada beliawanis kampung di pulau ini telah menyertai kursus Penghasilan fishcakes tersebut.

Pengisian kursus ini turut dapat membantu dalam memastikan keterjaminan makanan kerana kampung tersebut terletak di Pulau Sakar Lahad Datu dan mata pencarian utama adalah melalui hasilan laut.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|