Padah curi barang jemaah Solat Jumaat

Padah curi barang jemaah Solat Jumaat

TAWAU: Seorang lelaki diberkas polis kurang 24 jam apabila disyaki mencuri barang berharga dalam kenderaan milik seorang jemaah masjid selepas menunaikan solat Jumaat di kawasan Bombalai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, tangkapan ke atas seorang lelaki warga asing berumur lingkungan 20an itu dibuat sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Bombalai di sekitarkawasan kampung Melati, Burut pada jam 9.05 malam.

“Semasa menjalankan rondaan di kawasan berkenaan, anggota RCJ telah terlihat seorang suspek yang mencurigakan.

“Ketika Polis menghampiri suspek tersebut, suspek bertindak melarikan diri dan berjaya diberkas setelah berlaku pergelutan antara Polis dan suspek,” katanya.

Hasil pemeriksaan tubuh badan suspek, Polis menjumpai sebuah telefon bimbit berjenama serta wang tunai di dalam poket seluar yang dipakai suspek.

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut merampas pakaian yang digunakan ketika kejadian berserta teleton bimbit serta barang yang disyaki dicuri.Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan.- SUMBER FB PAGE IPD TAWAU

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|