Ketua Menteri terima kunjungan hormat Nancy Shukri

Ketua Menteri terima kunjungan hormat Nancy Shukri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Nancy Shukri memaklumkan Hajiji berkaitan program-program untuk memperkasakan wanita khususnya di Sabah yang telah dilaksanakan oleh jabatan dan agensi dibawah kementeriannya di negeri ini.

Menurutnya, pada tahun lepas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah melaksanakan Program Wanita Bangkit yang telah melibatkan hampir 2,000 wanita Sabah dan Program Advokasi Akta Antigangguan Seksual di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang melibatkan lebih 1,000 wanita di negeri ini.

Untuk tahun ini, beliau ingin meluaskan lagi perkhidmatan KPWKM di Sabah terutamanya untuk memperkasakan wanita.

Beliau diiringi oleh Ketua Pengarah JPW Malaysia, Dr. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Nordina Haron. Nancy berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program rasmi di Lahad Datu.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|