Belilah jersi original, zahirkan sokongan anda kepada Sabah FC

Belilah jersi original, zahirkan sokongan anda kepada Sabah FC

KOTA KINABALU: Peminat-peminat Sang Badak di negeri ini diminta membeli jersi original untuk menyahut seruan dan menzahirkan sokongan terhadap pasukan kesayangan mereka mengharungi kempen liga kali ini.


Presiden Sabah FC, Datuk Shahelmey Yahya berkata, dengan perumpamaan ‘sikit-sikit lama-lama menjadi bukit’ kelab bola sepak itu berharap sokongan jitu daripada peminat dapat memberikan ilham kepada pasukan negeri terus relevan di masa hadapan.

Jersi ‘home’ Sabah FC untuk musim 2024/2025. (gambar kredit Sabah FC)


“Kita memohon kepada penyokong-penyokong, peminat Sabah FC untuk membeli barangan yang original, kerana membeli barangan original, bukan saja peminat atau penyokong mendapat barangan yang berkualiti, malah satu sumbangan kepada kelab Sabah FC.


“Jadi dengan membeli original, sedikit sebanyak peminat-peminat bukan sahaja menzahirkan sokongan secara fizikal tetapi juga kewangan, meskipun jumlahnya mungkin sedikit, jumlah sokongan daripada peminat Sabah FC yang begitu ramai maka orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran jersi perlawanan bagi edisi tuan rumah Sabah FC di Kota Kinabalu, pada Khamis.

Presiden Sabah FC, Datuk Shahelmey Yahya pada masa sama berkata, dengan adanya pelancaran jersi baharu untuk musim 2024/2025 pasukan Sabah FC, beliau berharapkan ianya akan menjadi suntikan semangat kepada semua pihak untuk beraksi dengan lebih baik dalam kempen liga serta piala musim ini.


Sabah FC yang mendapat tajaan jenama Lotto kali ini akan memperagakan warna merah selaku jersi ‘home’ dan menjadikan ucaptama dialek tempatan yakni ‘Tagap’ sebagai nama rasmi jersi berkenaan.


Sementara itu, Shahelmey pada masa sama berkata, dengan adanya pelancaran jersi baharu untuk musim 2024/2025 pasukan Sabah FC, beliau berharapkan ianya akan menjadi suntikan semangat kepada semua pihak untuk beraksi dengan lebih baik dalam kempen liga serta piala musim ini.


“Ini adalah ‘moment’ yang ditunggu-tunggu dikalangan penyokong, peminat Sabah FC, saya berharap dengan adanya pelancaran jersi baru ini, akan menyuntik semangat di kalangan pemain dan juga ahli pasukan Sabah FC pada musim ini.


“Jersi baru ini kita namakan sebagai Tagap, sesuai deskripsi orang Sabah, Tagap bermaksud fit, permainan pun akan tagap,” katanya lagi.


Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|