Ahmad Zahid sifatkan Ketua Pembangkang berbohong isu tawaran SU UMNO

Ahmad Zahid sifatkan Ketua Pembangkang berbohong isu tawaran SU UMNO

KOTA KINABALU: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak sikap Ketua Pembangkang yang diibaratkan sebagai ‘kuman’ kerana sering bercakap bohong.

Merujuk kenyataan tersebut kepada Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin, beliau berkata UMNO tidak pernah menawarkan jawatan Setiausaha Agung kepadanya pada tahun 2018.

Jelasnya, pengumuman Hamzah dalam sebuah ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, baru-baru ini, kenyataan berkenaan disifatkan Ahmad Zahid sebagai nista dan tawaran tersebut tidak berlaku sama sekali.

“Saya nak menyentuh tentang PRK Kuala Kubu Baru, semalam saya dapat melihat satu video oleh seorang penceramah yang menjadi kuman, di mana dia mengatakan bahawa saya menawarkan dia menjadi SU Agung UMNO klau dia menyokong saya untuk menjadi Presiden UMNO 2018.

“Saya ingin memberi tahu org itu bahawa tiada tawaran untuk dia mjdi SU Agung apatah lagi menjunjung Al-Quran.

“Saya menasihatkan dia supaya bertaubat cepat-cepat, jangan tiap kali ada pilihan raya kecil atau PRN membohong, bawa isu itu dan ini. Saya kenal dia daripada zaman muda, kuat membohong, “katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

Terdahulu, beberapa media melaporkan Hamzah dalam ucapan kempen dipercayai PRK Kubu Baharu baru-baru ini memaklumkan bahawa Ahmad Zahid pernah menjemputnya ke rumah atas tujuan meminta sokongan untuk pemilihan Presiden UMNO pada 2018.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|