KKDW salur peruntukkan RM1.41 bilion kepada Sabah

KKDW salur peruntukkan RM1.41 bilion kepada Sabah

KOTA KINABALU: Sabah bakal menerima impak positif dengan peruntukkan RM1.41 bilion yang bakal disalurkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi projek pembangunan dan infra luar bandar di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukkan berkenaan menunjukkan peningkatan 20.5 peratus berbanding tahun lalu.

Jelas beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, ianya merupakan peruntukan tertinggi berbanding negeri lain.

“Peruntukan ini melibatkan 295 projek yang terdiri daripada 70 projek baharu dan 225 projek sambungan dengan kos keseluruhan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK ke-12) yang berjumlah RM17.8 bilion.  

“Perkara pertama adalah untuk memperseimbangkan antara projek fizikal yang ada yang telah kita kemukakan pada kerajaan negeri bagi pelaksanaannya mesti dipantau untuk disegerakan dan kita mesti mencari jalan penyegeraan ini dengan tidak mengenepikan tatakelola yang ditentukan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelearasan Menteri KKDW dengan Exco-Exco Luar Bandar di Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Beliau dalam pada itu turut mendedahkan mesyuarat terbabit juga melibatkan FELDA, APM dan Majlis TVET Negara bagi proses pelancaran projek-projek luar bandar di seluruh negara.

Deasoka    

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|