Armizan tolak dakwaan bertanding kerusi DUN

Armizan tolak dakwaan bertanding kerusi DUN

PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali enggan membalas dakwaan yang mengatakan beliau bakal bertanding di salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen berkenaan pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Jelasnya, ‘cakap-cakap’ yang mengatakan beliau berebut kerusi DUN Pantai Manis hanyalah sekadar gosip politik dan tidak ada keperluan untuk beliau berbuat demikian.

Armizan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu turur mendedahkan, beliau selesa melaksanakan tugas sebagai menteri persekutuan dan Ahli Parlimen.

“Tiada keperluan.Saya gembira sebagai Ahli Parlimen Papar dan sekarang ini diamanahkan sebagai Menteri Persekutuan.

“Jadi saya fikir fokus saya adalah dengan kekangan masa yang ada tumpukan kepada tugas Ahli Parlimen, sebagai menteri Persekutuan dan saya gembira sekiranya saya dapat dibantu oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri di Papar ini, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Co-Opbank Pertama Cawangan Papar, di Parlane City Benoni, di sini, hari ini.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|