Penyelesaian segera, kekal tangani masalah air Sabah – Hajiji

Penyelesaian segera, kekal tangani masalah air Sabah – Hajiji

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri mengalu-alukan komitmen Kerajaan Persekutuan bagi membantu dalam menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sedang melaksanakan rancangan sendiri untuk menangani masalah air.

Justeru, katanya, dengan kehadiran Persekutuan untuk memberikan bantuan, beliau percaya masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat.

Bagaimanapun, Hajiji menjelaskan bahawa PM tidak menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih penguruan bekalan air negeri ini.

“Apa yang PM maksudkan adalah bahawa Kerajaan Persekutuan akan membantu dalam pengurusan masalah dengan menyediakan pembiayaan yang lebih besar, sama seperti isu air di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan melihat masalah bekalan air di negeri ini dengan serius.

“Kami akan menyelesaikan semua isu semasa pertemuan dengan Perdana Menteri untuk mendapatkan penyelesaian yang berkekalan,” katanya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|