Ketua Menteri hadir Majlis Sambutan Hari Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah

Ketua Menteri hadir Majlis Sambutan Hari Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Sambutan Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah di Dewan Sa’adah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), hari ini.

Selain beramah mesra bersama para pengunjung, Hajiji turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan gerai tercantik sempena sambutan Raya Perdana 2023.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), Sapdin Ibrahim dan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Hj. Jaafar.

Selain itu, ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Ustaz Hj Saifulzaman Sangul,Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Haji Norjeli Dais dan Pengerusi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Haji Sapawi Ahmad.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|