Penebar roti canai ditemukan mati dibunuh, dirogol

Penebar roti canai ditemukan mati dibunuh, dirogol

Lahad Datu: Seorang penebar roti canai wanita ditemukan mati selepas dirogol dalam sebuah semak berhampiran Kampung Pisang, dekat sini, hari ini.

Mangsa, warga asing berusia 36 tahun  yang merupakan ibu kepada lima anak itu dikatakan keluar seawal jam 6.15 pagi untuk ke tempat kerja sebelum dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian itu diketahui selepas mangsa dimaklumkan tidak berada di tempat kerja sebelum usaha mencarinya dilakukan oleh beberapa orang ramai dan ahli keluarganya.

“Lokasi penemuan tersebut merupakan laluan mangsa untuk ke tempat kerja dan ketika insiden, ahli keluarganya berjaya menemukan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan semak berkenaan.

“Siasatan awal kemudiannya mendapati, terdapat kesan hentakan dipercayai objek tumpul dan mayat mangsa ditemukan dalam keadaan berbogel.

“Kita juga mendapat barangan milik mangsa hilang selain terdapat kesan air mani di bahagian kemaluan mangsa yang mana kita tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol oleh suspek,” katanya.

Menurut Rohan, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil segera untuk membantu siasatan. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|