KKM Tawau perluas usaha atasi masalah pengangkutan masyarakat luar bandar

KKM Tawau perluas usaha atasi masalah pengangkutan masyarakat luar bandar

TAWAU: Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau terus memperluaskan perkhidmatan untuk memberikan rawatan kepada pesakit kronik luar bandar yang menghadapi masalah pengangkutan ke hospital.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Doktor Shameer Khan Sulaiman berkata perkhidmatan itu sudah sedia ada di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun dengan penglibatan pertubuhan badan bukan kerajaan(NGO) dan Ahli Dewan Belia Sabah, perkhidmatan tersebut dapat dilaksanakan secara meluas.

Menurutnya, ia sekaligus memperlihatkan keberkesanan pelaksanaan program untuk membantu masyarakat yang memerlukan di daerah berkenaan.

“Dengan bantuan macam NGO dan Ahli Dewan Belia ini, dapat melihat komitmen dan aktif menjalankan tugas, contohnya di kawasan Merotai ini mereka masuk sendiri mencari rumah di mana ada orang sakit dan memberikan maklumat itu pada kami.

“Oleh yang demikian, kakitangan kita akan ikut serta untuk datang memeriksa dan hasilnya sangat bagus, maka kita akan mempertingkatkan program-program seperti ini,” katanya dalam program komuniti di Merotai, Tawau, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Belia Sabah Merotai, Sammy Liew Sam Yi berkata, sebagai ahli belia yang sudah dipilih, pihaknya akan terus memainkan peranan dalam membantu penduduk di kawasan tersebut.

“Kami sebagai belia patut memainkan peranan yang penting untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya kawasan luar bandar.

“Hari ini saya bersama Doktor Shameer dari KKM bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk datang lawat pesakit yang sudah lama terlantar di sebabkan serangan strok, jadi kawasan luar bandar ni seperti Merotai sepatutunya diberi perhatian khasnya pesakit yang susah ke hospital,” katanya.

Hadir sama dalam program tersebut adalah Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) Tan Sri Liew Yun Fah dan Pembantu Tadbir Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau, Kamjah Otong.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|