Telupid juara Piala Sabah Zon Tengah

Telupid juara Piala Sabah Zon Tengah

Telupid: Pasukan SAFA Telupid melakar sejarah apabila menjadi juara Piala Sabah 2022 peringkat zon tengah selepas menewaskan SAFA Ranau dan SAFA Tongod.

SAFA Telupid memulakan kempen kejohanan berkenaan dengan kemenangan pertama menentang pasukan SAFA Tongod apabila perlawanan yang diadakan di Padang majlis Daerah Telupid, berakhir dengan keputusan 3-1.

Tommy Amir

Kecemerlangan kemudiannya diteruskan dengan perlawanan kedua apabila berjaya menewaskan pasukan SAFA Ranau dengan keputusan 1-0.

Tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan SAFA Ranau yang turut berjaya mencatatkan kemenangan ke atas SAFA Tongod dengan keputusan 2-1.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Zon Tengah, Tommy Amir berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur seleps kejohanan itu berjaya dijalankan demgan jayanya.

Katanya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pasukan berkesempatan untuk mengambil bahagian pada kejohanan berkenaan.

“Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perikanan dan industri Makanan merangkap Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Jonathan Yasin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone J Kurum atas segala bantuan diberikan.

“Begitu juga dengan pemimpin lain antaranya Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk James Ratib, Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Abidin Madingkir,” katanya.

Tommy berkata, begitu juga dengan bantuan dan kerjasama orang perseorangan, pelbagai agensi kerajaan yang memberi sokongan penuh dalam menyempurnakan kejohanan ini.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan SAFA Telupid yang akan mewakili zon tengah ke peringkat akhir di ibu negeri,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|