SUKMA XX: Pasukan sepak takraw wanita Sabah juara berganda

SUKMA XX: Pasukan sepak takraw wanita Sabah juara berganda

Kuala Lumpur: Pasukan sepak takraw wanita Sabah muncul juara berganda selepas turut merangkul pingat emas acara regu trio SUKMA XX, hari ini.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Seri Sarjana, UNITEN, Putrajaya itu menyaksikan trio Sabah yang dibarisi Nadillatul Rosmahani Saidin, Nazira Hani Iskandar @ Jalid dan Siti Hadinavilla Jumidil serta Fisydiana Faradona dan Siti Hadifitri Navilla Jumidil sebagai pemain simpanan menang ‘straight set’ 21-17, 21-12 ke atas Perlis.

Pasukan Perlis dianggotai Nur Fatihah Sharudin, Nur Natasha Amyra Fazil, Nurul Anis Damia Abu Bakar, Nurul Nadia Zulkefly dan Nurul Syahirah Shamrol

Hanya dua acara sepak takraw wanita dipertandingkan dan kedua-duanya diungguli Sabah selepas turut merangkul pingat emas acara bergu di venue sama, dua hari lalu.

Jurulatih Sabah, Daut Amba berkata, pencapaian itu mengotakan sasaran mereka untuk skuad wanita.

“Tidak seperti SUKMA sebelum ini di mana acara wanita menawarkan tiga pingat emas, kali ini hanya dua acara dipertandingkan dan kedua-duanya milik kita… kita sapu bersih.

Selasa lalu, skuad bergu yang dibarisi Hadinavilla dan Nazira merangkul pingat emas juga dengan kemenangan ‘straight set’ 21-12, 21-13 ke atas bergu Sarawak.

“Kita dapat lakukannya kerana komitmen tinggi pemain… mereka fokus seratus peratus dalam setiap permainan.

“Hadinavilla terutamanya adalah teladan yang baik. Dia adalah pemain paling senior dalam pasukan dan dia manfaatkan pengalamannya bukan sahaja untuk membimbing rakan sepasukan tetapi turut memenangi beberapa mata penting termasuk dalam acara bergu.

“Kami sangat gembira dengan prestasi dan pencapaian keseluruhan pasukan,” kata Daut ketika dihubungi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|