5,496 ‘hotspot’ banjir di seluruh negara

5,496 ‘hotspot’ banjir di seluruh negara

Sandakan: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenal pasti sebanyak 5,496 lokasi titik panas berlaku kejadian banjir di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Dr Norhafifi Ismail berkata, susulan itu pelbagai persediaan dilakukan termasuk menyusun aset ke lokasi yang dikenalpasti.

Dr Norhafifi ketika berucap sempena Majlis Penghargaan Petugas Barisan Hadapan APM Sabah di Sandakan.

Katanya, dalam masa yang sama, APM memfokuskan untuk melatih komuniti setempat di lokasi-lokasi titik panas berkenaan.

“Kalau ikutkan dari segi nasionalnya sebanyak 5,496 kawasan titik panas yang sudah pun kita kenalpasti.

Dr Norhafifi bergambar bersama pegawai dan anggota APM selepas Majlis Penghargaan Petugas Barisan Hadapan APM Sabah di Sandakan.

“Biasanya kawasan – kawasan ini telah pun kita berikan perhatian dan tumpuan dengan melatih komuniti setempat di sana untuk melaksanakan tugas – tugas bagaimana untuk bertindak sekiranya bencana banjir berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Sempena Majlis Penghargaan Petugas Barisan Hadapan APM Sabah, di sini, hari ini.

Menurutnya, pasukan setempat berkenaan dikenali sebagai Pasukan Respon Kecemasan Jabatan Awam (CDERT)

“Ia ditubuhkan di sesebuah komuniti perumahan titik panas supaya masyarakat di kawasan itu dapat memberikan respon awal apabila berlaku sebarang bencana termasuk banjir yang akan dihadapi tahun ini.

“Perumahan contohnya, kita ada tubuhkan CDERT supaya mereka bertindak dan tahu apa nak buat jika berlaku bencana seperti banjir,” katanya.

Sementara itu, Dr Norhafifi berharap langkah berkenaan dapat membantu mengurangkan impak bencana pada masa akan datang.

Terdahulu, pada majlis itu seramai lapan Pegawai Bersekutu diberikan kenaikan pangkat, 98 anggota APM dinaikkan pangkat manakala 56 anggota lagi diberikan pingkat selepas memberi komitmen yang baik sepanjang pandemik Covid-19.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|