Suami isteri maut dalam kemalangan

Suami isteri maut dalam kemalangan

Tawau: Suami isteri maut apabila motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Inderasabah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, penunggang motosikal Al Sebal Warid, 29, dan pembonceng yang juga isterinya Nurul Aidil Fitri Nordin, 29, dalam perjalanan dari Inderasabab menuju ke Taman Sawit.

Kenderaan Isuzu D Max disyaki cuba memotong dua kenderaan dihadapan sebelum bertembung dengan motosikal dinaiki pasangan suami isteri.

Manakala kenderaan pikap jenis Isuzu D Max dipandu lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai nelayan sedang dalam perjalanan dari Taman Sawit ke Inderasabah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu Isuzu D Max disyaki cuba memotong dua kenderaan dihadapan sebelum bertembung dengan motosikal dinaiki pasangan terbabit.

Katanya, pemandu Isuzu D Max cuba mengelak ke bahu jalan namun jarak yang terlalu dekat, motosikal mangsa terlanggar bahagian kiri hadapan kenderaan berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, pembonceng tercampak sejauh lebih 14 meter dari bahu jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala penunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan hospital berkenaan,” katanya dalam kenderaan media, hari ini.

Peter berkata, pemandu Isuzu D Max bersama seorang lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu Isuzu D Max ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|