Pemandu tersepit, kenderaan rempuh lori 10 tan

Pemandu tersepit, kenderaan rempuh lori 10 tan

Beaufort: Seorang pemandu nyaris maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kejadian di Bulatan Pertanian, berhampiran bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR), di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan.

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.29 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kemalangan didapati membabitkan sebuah kereta Nissan Grand Livina dengan sebuah lori 10 tan.

“Pemandu kenderaan berkenaan tersepit di tempat duduk pemandu dan operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas dan seterusny diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS.

Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans dan dihantar ke Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 2 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|