Rumah pekerja ladang khinzir musnah terbakar

Rumah pekerja ladang khinzir musnah terbakar

Tawau: Sebuah blok bangunan menempatkan empat pintu rumah pekerja ladang khinzir di Batu 16, Jalan Apas, di sini, terbakar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, bangunan jenis tidak kekal berkeluasan 195 meter persegi berkenaan musnah sepenuhnya selepas api merebak dengan cepat.

Keadaan kebakaran di sekitar lokasi kejadian di Batu 16, Jalan Apas. Video Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi.

Katanya, sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, api sudah memusnahkan sebahagian besar daripada bangunan berkenaan.

“Operasi pemadaman terus dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 70 meter dengan dua pancutan sumber air dari jentera dan water tanker,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan dan api berjaya dikawal pada jam 2.17 pagi.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.49 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|