PPM patahkan pengedaran 393 karton rokok seludup

PPM patahkan pengedaran 393 karton rokok seludup

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah berjaya mematahkan pengedaran 393 karton rokok seludup di Perairan Tanjung Nagos, di sini, semalam.

Menerusi Operasi Gelora yang dijalankan jam 11.30 malam itu, sebuah bot yang mencurigakan ditahan PPM Semporna bersama seorang juragan lelaki berusia lingkungan 30 tahun.

Bot muatan rokok seludup yang ditahan di Perairan Tanjung Nagos, Semporna.

Hasil pemeriksaan lanjut terhadap bot berkenaan menemui 393 karton rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai.

Semua rampasan rokok dianggarkan bernilai RM58,500.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesah kejadian itu dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|