PRU15: Pulau Jambongan ketinggalan arus pembangunan

PRU15: Pulau Jambongan ketinggalan arus pembangunan

Beluran: Pulau Jambongan, yang terletak di kawasan Paitan Sugut, di sini, amat berpotensi untuk dijadikan pusat pelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Beluran, Felix Joseph Saang berkata, pulau berkenaan adalah salah satu pulau yang terbesar di Sabah.

Bagaimanapun katanya, Pulau Jambongan ketika ini amat ketinggalan dari arus pembangunan dan serba kekurangan serta mundur.

“Saya berkesempatan berkongsi pendapat serta aspirasi PH Beluran bersama penduduk pulau ini dan antara masalah diutarakan adalah kemudahan asas.

“Bekalan elektrik masih bergantung kepada generator dan mereka turut berdepan masalah sumber air bersih yang terpaksa berharap menggunakan air hujan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua isu utama ini terjadi di kebanyakan kawasan di Parlimen Beluran bukan saja di darat malah turut berlaku di kawasan pulau.

Sehubungan itu, Felix menyeru pengundi di parlimen ini supaya memberikan peluang kepada PH untuk merealisasikan inisiatif menaiktaraf kemudahan asas di Parlimen Beluran.

“PH Beluran komited, fokus dan ikhlas untuk berkhidmat yang terbaik untuk warga Beluran
demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” katanya.

-Deasoka

Share

Written by:

1,653 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!