Selesai masalah infra jadi fokus calon BN DUN Bugaya

Selesai masalah infra jadi fokus calon BN DUN Bugaya

Semporna: Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Abdul Aziz Ibno memberi fokus penyelesaian masalah kemudahan asas di kawasan itu sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya kali ini.

Beliau berkata, antara permasalahan infra yang dimaksudkan adalah masalah bekalan air bersih, keselamatan dan jalan.

Jelasnya, antara lokasi yang perlu diberi fokus adalah jeti Slabban, Lihak-Lihak, Bakong, Rasak dan Tampi Kapor.

“Kemudahan asas seperti ini akan jadi keutamaan saya selaku calon BN DUN Bugaya.

“Inilah peninggalan parti lawan, Warisan yang kononnya berjanji membawa perubahan sebaik diberi mandat rakyat pada PRU14 lalu, tapi hasilnya banyak kemudahan asas dan isu keselamatan masih membelenggu rakyat di sini, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan program walkabout di sekitar kawasan tumpuan di DUN Bugaya, hari ini.

Terdahulu, Abd Aziz menghadapi cabaran tujuh penjuru untuk merebut kerusi DUN N.66 Bugaya iaitu Jamil Hamzah dari WARISAN, Arastam Pandorog (PH), Mohd Hassan Abu Bakar (PEJUANG), Nazmahwati Wallli (Parti Bangsa Malaysia), Karil Pg. Kuraini (PPRS) dan Jufazli Shah Ahmad (Bebas).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|