KOTA KINABALU: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Jabatan Ketua Menteri (JKM) Ibu Pejabat telah mengadakan Sesi Libat Urus Sabah Electricity bersama UPPM Kawasan Dun Parlimen Sepanggar, Kota Kinabalu Penampang , Papar , di Bilik Mesyuarat UPPM, Aras 5, Blok A, Menara Kinabalu, hari ini.
Sesi berkenaan dihadiri Pengarah UPPM, Datuk Haji Awang Kadin Tang dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Datuk Ir. Ts. Haji Mohd Yaakob Haji Jaafar, dan Para pegawai kanan Sabah Electricity , UPPM Ibu Pejabat serta PPM dan CDO kawasan Dun Parlimen Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar.
Program itu diadakan bagi memperkukuh koordinasi dan penyelarasan sesi Libat urus Sabah Electricity bersama UPPM Sabah , khususnya dalam memastikan pelaksanaan program pembangunan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat berjalan lebih berkesan.
Majlis berkenaan turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat semasa serta membincangkan isu dan cabaran di peringkat akar umbi supaya tindakan susulan dapat diambil secara lebih tersusun dan menyeluruh. Selain itu, Sabah Electricity juga memberikan penjelasan berkenaan isu kenaikan bil yang sedang tular dan memberikan penjelasan berkaitan wang cagaran serta faktor kenaikan bil elektrik.
Sabah Electricity juga telah menambahbaikan aplikasi mySE+, ini mencerminkan usaha syarikat berterusan dalam menyediakan platform digital yang lebih responsif, mudah digunakan dan memenuhi keperluan pengguna.
Dalam sesi itu, Awang Kadin menekankan kepentingan kerjasama erat serta komitmen semua pegawai dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dalam memastikan dasar serta inisiatif kerajaan negeri dapat diterjemahkan secara efektif kepada rakyat. Sesi soal jawab yang berlangsung pada akhir program memberi ruang kepada pemimpin komuniti untuk membincangkan isu-isu semasa yang sering dibangkitkan oleh masyarakat setempat.
Beliau turut menyeru semua pihak agar terus memperkukuh semangat kerja berpasukan dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat di kawasan masing-masing.
